Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eksport Sarawak meningkat
Eksport Sarawak meningkat

Kes COVID-19 di Sarawak terus melonjak naik

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 10 Feb : Kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini terus meningkat apabila 226 jangkitan baharu dilaporkan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada jumlah itu sebanyak 222 kes merupakan kes kategori satu dan dua, manakala empat lagi diklasifikasikan pada kategori tiga, empat dan lima.

“ Miri telah merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 75 kes diikuti dengan Kuching sebanyak 72 kes manakala Sibu merekodkan sebanyak 31 kes baharu, “ jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Lawas dan Bintulu masing-masing mencatatkan sembilan kes dan diikuti Kapit dengan lapan kes.

Bagi daerah Lundu dan Mukah pula, masing-masing mencatatkan tiga kes sementara Samarahan, Sarikei, Meradong, Sri Aman dan Simunjan hanya merekodkan satu kes sahaja.

Selain itu, 25 daerah yang lain tidak melaporkan jangkitan selain tiada sebarang kluster baharu dikesan hari ini. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan