Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Varian COVID-19, Omicron kini disahkan telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr David Perera.
Varian COVID-19, Omicron kini disahkan telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr David Perera.

Sarawak laksanakan PICKids tanpa banyak alasan – Dr. Noor Azmi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Feb : Kementerian Kesihatan (KKM) memuji usaha Sarawak yang segera melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kanak – Kanak (PICKids) tanpa memberi pelbagai alasan.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, beliau juga kagum dengan perlaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan PICK Remaja di sini yang berjalan lancar.

” Saya sangat teruja dengan perlaksanaan program vaksinasi di Sarawak kerana mereka (Sarawak) tidak banyak alasan dan terus memikirkan apa yang perlu dilakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan PICKids di Klinik Kesihatan Batu Kawa, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Azmi berkata, apa yang dilakukan Sarawak berhubung soal melindungi rakyatnya daripada terdedah kepada jangkitan COVID-19 seharusnya menjadi contoh kepada negeri – negeri lain.

Sarawak memulakan program vaksinasi untuk kanak – kanak pada 3 Februari lalu berbanding 5 Februari yang mula dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Setakat ini , seramai 18,301 orang atau 4.1 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Sarawak telah mendapat dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam dan menyumbang kepada 40 peratus jumlah keseluruhan kanak-kanak di negara ini yang telah mendapatkan suntikan dos pertama mereka kata Dr. Noor Azmi.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, Pusat Pemberian vaksin (PPV) sekolah di seluruh negara bakal dilancarkan selewat-lewatnya 14 Februari depan di bawah program PICKids.

“Sekarang sekolah sudah dibuka dan seramai dua juta pelajar menghadirinya, termasuk Tahun 1, Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6 tanpa penggiliran.

“Kalau kita sudah selesaikan dos vaksinasi pertama, dalam tempoh dua minggu kemudian kita sudah boleh selesaikan dos kedua pula,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan