Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Parti Bumi Kenyalang datang lagi dengan andaian baharu – Abdul Karim

BySalasiah Safian

KUCHING, 9 Feb : Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia membenarkan parti – parti politik bergabung namun sejauh mana gabungan itu akan ‘bertahan’, ia terletak di tangan pengundi.

Dalam soal ini, beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, sehubungan itu ‘rancangan’ Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang mahu menubuhkan Borneo Front dengan parti – parti di Sabah merupakan hak mereka.

” PBK datang lagi dengan andaian baharu, mereka hendak bertanding sekali lagi sama ada dengan cara sendiri atau bergabung, terpulang namun saya percaya pengundi lebih matang dan tahu parti mana yang boleh diharapkan,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata demikian sebagai mengulas ‘hasrat’ dinyatakan Presiden PBK, Voon Lee Shan baru – baru ini untuk membentuk kerjasama dengan parti di Sabah berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.

Lee Shan menjelaskan asas kepada idea berkenaan kerana terdapat 56 kerusi Parlimen di kedua – dua negeri berkenaan dan berharap dapat memenangi kerusi ‘mencukupi’ untuk meneruskan perjuangan ‘kemerdekaan’ yang dibawa oleh PBK.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak , hujung tahun lepas, PBK menampilkan calon di 73 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun kesemuanya tumbang.

Mengulas lanjut, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, beliau yakin rakyat Sarawak sudah cukup matang dalam membuat pilihan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan