KOTA KINABALU, 9 Feb : Gelombang varian Omicron yang ‘menyerang’ Sabah menyaksikan kes positif baharu COVID -19 di sini mencecah 3,333 jangkitan bagi tempoh 24 jam lalu.
Jurucakap COVID-19 negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, catatan berkenaan juga merupakan kes tertinggi pada tahun ini.
Katanya, sebanyak 52 peratus atau 1,264 daripada keseluruhan jangkitan yang dikesan membabitkan kes simptomatik dan sporadik.
” Daerah Kota Kinabalu menyaksikan kes meningkat kepada 591 diikuti Penampang sebanyak 324 kes.
Tuaran turut melaporkan kes yang tinggi iaitu mencecah 266,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau memberitahu, empat daerah lain juga mencatatkan kes tiga angka termasuklah Papar (224), Ranau (196) dan Tawau sebanyak 191 kes. -TVS