Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beijing 2022: Nasib tidak menyebelahi Aruwin dalam acara slalom
Beijing 2022: Nasib tidak menyebelahi Aruwin dalam acara slalom. Kredit: Olympic Council of Malaysia

Beijing 2022: Nasib tidak menyebelahi Aruwin dalam acara slalom

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Feb :  Nasib tidak menyebelahi atlet luncur Alpine wanita negara , Aruwin Idami Salehhuddin pada cubaan keduanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, hari ini.

Selepas berjaya menduduki tempat ke-38 yang membanggakan dalam acara giant slalom wanita pada Isnin, Aruwin terjatuh ketika meluncur menuruni laluan dalam Run 1 slalom wanita di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing.

Peluncur berpangkalan di Colorado yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-18 Isnin depan, sedang meluncur dengan baik, sebelum terjatuh hampir kepada garisan penamat, seterusnya gagal layak ke Run 2.

Peluncur Jerman Duer Lena mendahului Run 1 dengan catatan 52.17 saat (s), diikuti atlet Switzerland Gisin Michelle (52.20s) dan Hektor Sara (52.29s) layak ke Run 2 dan pusingan akhir sebagai pencabar utama.

Atlet beusia 17 tahun yang mencipta rekod sebagai wanita rakyat Malaysia pertama bertanding di Olimpik Musim Sejuk, mencatatkan 1:06.13s pada Run 1 acara giant slalom pada Isnin pada kedudukan ke-46.

Pada Run 2 pada hari sama, beliau mencatatkan 1:06.15s, untuk menduduki tempat ke-38 dengan masa keseluruhan 2:12.28s.

Cabaran negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diteruskan oleh seorang lagi peluncur Alpine Jeffrey Webb yang membuat penampilan pertama pada 2018 di Sukan Olimpik Pyeongchang di Korea Selatan dalam acara slalom lelaki pada 16 Feb.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Moira Tan, berterima kasih bagi pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan berharap atlet itu akan kembali dengan memberikan cabaran lebih baik pada edisi Sukan Olmpik yang akan datang.

“Aruwin telah membanggakan kita dengan membawa cabaran negara di Olimpik Musim Sejuk ini. Kami pasti Aruwin akan terus bekerja keras dan mempunyai keupayaan untuk kembali menyertai sukan ini empat tahun lagi di Milano Cortina pada 2026 dengan keputusan lebih baik lagi,” katanya seperti dimuat naik di laman Facebook MOM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan