Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki Myanmar hilang di sungai Kampung Lingga ditemukan tanpa kepala dan tangan

SRI AMAN, 9 Feb : Mayat lelaki Myanmar yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Lingga pada Isnin lepas ditemukan pada pukul 7.30 pagi tadi.

Difahamkan, mayat ditemui oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Sementara itu, keadaan mayat ditemukan dalam keadaan tidak sempurna apabila kedua-dua tangan dan kepala mangsa hilang disyaki dibaham buaya.

Mayat Thein Wai Maung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 9.10 pagi tadi.

Sementara itu menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Sarawak, operasi SAR membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Bangga Baie dan agensi-agensi lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan