KOTA KINABALU, 9 Feb : Seramai 559 orang mangsa banjir melibatkan 183 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, setakat pukul 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan , dua PPS itu ialah Dewan Kampung Kusilad yang menempatkan 49 mangsa daripada 13 keluarga manakala Dewan Kampung Sinukab menempatkan 510 mangsa daripada 170 keluarga.
Kedua-dua PPS terbabit menempatkan penduduk dari kampung yang masih dinaiki air iaitu Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi, dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung. – TVS