Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sektor awam perlu lebih telus, seiring komitmen PCDS 2030

KUCHING, 8 Feb : Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Sarawak melihat adanya keperluan untuk kerajaan menyeimbangkan pelantikan penjawat awam dari pelbagai kaum di negeri ini.

Malah, tambah Presidennya Dato Richard Wee, setiap badan kerajaan juga perlu menerapkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dalam pentadbirannya bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Sarawak, Dato Richard Wee

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Selasa.

Selain itu, tambahnya, sektor awam perlu memastikan ketelusan seperti apa yang dimahukan oleh Ketua Menteri pada ketika ini.

“Kami harap semua jabatan kerajaan, kementerian dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) melihat semula dan merombak proses serta prosedur mereka agar lebih cekap dalam perkhidmatannya,” ujarnya lagi.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melancarkan Pelan Tindakan dan Pelaksanaan (AIP) bagi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, pada Isnin.

“Kita sedang memacu pembangunan infrastruktur kita untuk meningkatkan taraf hidup, mengembangkan ekonomi bagi menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan serta melatih warga kita untuk menjadi lebih mahir dan meningkatkan tahap pendapatan,” katanya ketika berucap melancarkan AIP PCDS 2030, pada Isnin.

Beliau berkata di bawah Rancangan Malaysia ke-12 Sarawak memperuntukkan RM63 bilion untuk melaksanakan inisiatif berjiwa rakyat itu di bawah fasa pertama PCDS 2030.

Tags: #bm, PCDS 2030

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan