Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah Dirampas dari Genggaman Tangan Remaja Berusia 18 Tahun di Mukah

Dadah dirampas dari genggaman tangan remaja berusia 18 tahun di Mukah

MUKAH, 8 Feb : Seorang penganggur lelaki berusia 18 tahun ditahan pihak polis di Kampung Penakub Hilir Mukah pada pagi Isnin kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Berdasarkan ujian saringan awal air kencing, suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata suspek merupakan rakyat tempatan telah ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah di hadapan rumahnya di Kampung Penakub Hilir.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek kita merampas satu kotak rokok berwarna putih bertulisan L.A mengandungi satu keratan straw kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan kasar 0.14 gram dan nilai anggaran RM50 di dalam genggaman tangan kanannya.

“Kesemua barang tersebut dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek dibawa ke pejabat BSJND IPD Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan dipercayai terlibat dengan penagihan dadah sejak awal tahun 2021 hingga sekarang.

Suspek turut menjelaskan telah mendapatkan bekalan dadah dengan cara serahan tangan di sekitar kawasan pasar Mukah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama iaitu boleh dipenjarakan selama tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih dari RM 100,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM 5000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan