Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes COVID-19 cecah 36,000, Indonesia tutup lapangan terbang di Jakarta
Kredit to Lapangan Terbang Soekarno Hatta Instagram

Kes COVID-19 cecah 36,000, Indonesia tutup lapangan terbang di Jakarta

JAKARTA, 7 Feb : Kerajaan Indonesia menguatkuasa sekatan kemasukan pelancong asing ke negara itu melalui pintu masuk di lapangan terbang di ibu negaranya.

Pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan itu bagi membendung peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang berpunca daripada penularan varian Omicron ketika ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, larangan itu ‘terpakai’ kepada semua pelancong asing dan rakyat Indonesia yang bercuti di luar negara.

Semalam, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di Asia Tenggara itu merekodkan kes baharu sebanyak 36,000 manakala kadar penggunaan katil di hospital mencapai 63 peratus.

Sekatan kemasukan pelancong asing melalui lapangan di Jakarta itu menyusul selepas lapangan terbang di Bali semalam membuka kembali pintunya kepada kemasukan pelancongan antarabangsa selepas dua tahun ditutup.

Kenyataan sama turut menyebut pelancong asing masih boleh memasuki Indonesia menerusi lapangan terbang di Bali, Batam dan Tanjung Pinang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan