Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelan Tindakan dan Pelaksanaan PCDS 2030, laluan capai aspirasi

ByOdleen Catherny

KUCHING, 7 Feb: Pelan Tindakan dan Pelaksanaan (AIP) bakal memastikan Sarawak mencapai seluruh aspirasinya seperti yang telah digariskan di dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Malah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut yakin Sarawak mampu mencapai segala objektif pembangunannya seperti yang telah dirancang.

“Saya yakin kita mampu menyampaikan objektif-objektif pembangunan menerusi pelan berkenaan kerana kita mempunyai hasil yang boleh diukur dengan jelas bagi setiap inisiatif dan langkah-langkah tindakan untuk merealisasikan sasaran yang ditetapkan dalam AIP,” katanya pada Majlis Pelancaran AIP PCDS 2030, pada Isnin.

Katanya lagi, tindakan beliau merombak semula barisan kabinetnya adalah untuk meletakkan fokus khusus bagi menjayakan segala yang telah dirancang.

“AIP bagi setiap kementerian serta jabatan dan agensi dibawahnya akan memastikan ketelusan kerana segala yang akan dilakukan adalah mengikut spesifikasi, masa dan sumber,” ujarnya.

Selain itu, katanya, badan-badan kerajaan di Sarawak turut disaran untuk lebih proaktif dalam melibat urus pihak swasta menerusi setiap rancangan pembangunan yang ada.

Jelasnya, ekonomi Sarawak tidak akan mampu berkembang pesat tanpa sokongan pihak swasta.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-12, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM63 bilion bagi melaksanakan inisiatif yang berteraskan rakyat menerusi PCDS 2030 fasa 1.

Jumlah berkenaan bagaimanapun melebihi jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek persekutuan di negeri ini.

Justeru, kerajaan Sarawak telah melancarkan AIP bagi membolehkan PCDS 2030 direalisasikan.

Tags: #bm, PCDS 2030

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan