KOTA KINABALU 7 Feb: Seorang bekas pengarah kolej swasta di sini ditahan atas tuduhan pemalsuan tuntutan.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Sabah, Datuk S.Karunanithy berkata, suspek yang merupakan bekas pengarah memalsukan tiga tuntutan palsu berjumlah RM300,000 kepada satu agensi kerajaan pada tahun 2018.
“Tuntutan palsu tersebutmelibatkan 3 program yang telah dilaksanakan di kolej swasta dan dokumen mengandungi tuntutan kehadiran serta elaun pelajar sedangkan mereka tidak pernah hadir ke kursus tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya lagi, bekas pengarah kolej itu telah ditahan dan memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu kira-kira jam 10 pagi Isnin.
“Suspek telah dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM5,000 dan seorang penjamin,” ujarnya.
Menurutnya, tiada sebarang permohonan reman dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – TVS