KOTA KINABALU, 7 Feb: Kluster pendidikan terus menjadi penyumbang utama kes COVID-19 di Sabah, menurut Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.
“Kes COVID-19 di Sabah meningkat disebabkan oleh kehadiran kluster-kluster baharu terutamanya Kluster Pendidikan.
“Kluster Institusi Pendidikan Jalan Pintas Sembulan yang melibatkan Sekolah Maktab Sabah yang mana sekumpulan pelajar disahkan positif dan bergejala serta menjangkiti 79 pelajar lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, 26 kluster yang masih aktif juga terus menyumbang kepada peningkatan kes di Sabah. – TVS