Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miri mula beri suntikan kanak-kanak 5 - 12 tahun hari ini

Miri mula vaksin kanak-kanak 5 – 12 tahun

MIRI, 7 Feb: Miri mula memberi suntikan vaksinasi kepada kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, ibu bapa atau penjaga boleh membuat janji temu vaksinasi di mana-mana Klinik Kesihatan yang berhampiran sama ada melalui panggilan telefon atau hadir secara fizikal.

“Kanak-kanak tidak perlu hadir bersama ketika membuat janji temu tetapi hanya perlu membawa dokumen pengenalan anak mereka sahaja,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, Kim Shin turut memohon Ketua Kampung, Tuai Rumah atau Kapitan di kawasan pendalaman untuk mengenal pasti kanak-kanak di kawasan masing-masing yang berumur 5 hingga 12 tahun dan memberikan maklumat tersebut kepada klinik kesihatan yang berhampiran.

Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk mendaftar anak mereka sebagai ‘dependant’ dalam MySejahtera untuk tujuan sijil digital vaksinasi.

Walaubagaimanapun, temujanji vaksin melalui MySejahtera tidak disediakan untuk kanak-kanak buat masa ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan