Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hajat suami hantar anak tidak kesampaian, suami ditemukan lemas

SIBU, 7 Feb: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mencari seorang lelaki yang dikhuatiri hilang ketika memukat ikan di Sungai Rejang berdekatan dengan pengkalan jeti Sungai Maaw, Paradom berjaya ditemui jam 9.35 pagi Isnin.

Mangsa Sia Yik Heng, 63, ditemukan orang awam berdekatan dengan Sanyan Playwood Industrial dan seterusnya dibawa ke jeti Sg Maau untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu di dalam satu kenyataan berkata, mangsa sepatutnya pulang ke rumah pada jam 12.30 tengah hari untuk menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Sibu.

Bagaimanapun, mangsa gagal pulang ke rumah pada waktu yang dijanjikan dan dalam masa sama turut gagal dihubungi oleh isterinya.

“Pada jam 4 petang ahli keluarga mangsa keluar mencari mencarinya di kawasan berdekatan.

“Namun mangsa gagal ditemui dan isteri mangsa cuma menjumpai kereta miliknya dalam keadaan berkunci ditinggalkan di pengkalan Jeti, Nan Chong Sungai Maaw,” tambah kenyataan terbabit.

Satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa di Balai Polis Lanang untuk tindakan lanjut. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan