Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
FILE PHOTO: A nurse prepares a dose of Moderna vaccine at a vaccination centre at the Dresden Fair, in Dresden, Germany, July 29, 2021. REUTERS/Matthias Rietschel

Tiga beradik tak takut suntik vaksin COVID-19

KUANTAN, 7 Feb: Tiga beradik dari Indera Mahkota di sini teruja apabila menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang bermula di Pahang hari ini.

Affan Zareef Mohd Amri,11, bersama dua adiknya Ahmad Aeril Zafrel,10, dan Annur Jelita Zahra,5, yang ditemani ibu bapa mereka Mohd Amri Abd Basid,40, dan Saidatul Asyikin Nordin,37, dilihat bersahaja semasa menerima suntikan sehingga proses pemantauan selesai.

Affan Zareef ketika ditemui pemberita berkata ibu dan bapanya tidak memaksa malah dia sendiri sememangnya bersedia serta tidak sabar untuk menerima vaksin COVID-19 dos pertama itu.

“Saya dengan adik tak takut pun dan memang bersedia untuk disuntik malah masa kena cucuk pun tak sakit. Saya sendiri yang nak ambil vaksin kerana bimbang kena jangkitan teruk COVID-19,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Affan Zareef dan dua adiknya antara 30 kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin jenis Pfizer di pusat pemberian vaksin khas (SPPV) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengarah HTAA Dr Rafidah Mohd Salleh.

Bagi Saidatul Asyikin, inisiatif membawa ketiga-tiga anaknya untuk menerima vaksin COVID-19 merupakan ikhtiar bagi melindungi anak-anaknya daripada terkena jangkitan wabak itu.

“Saya dan suami ambil keputusan untuk beri vaksin kepada anak-anak kerana nak melindungi keluarga kami, lebih-lebih lagi anak kedua Ahmad Aeril Zafrel penghidap asma, jadi ini sebagai langkah pencegahan untuknya daripada terkena jangkitan teruk,” kata penjawat awam itu.

Kakitangan swasta Rohaizan Rahman,41, pula berkata peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini mendorong beliau membawa dua anak perempuannya, Azrieza Qalesya Muhammad Azril Safuan,11, dan Azrieza Qairina Muhammad Azril Safuan, 7, untuk menerima suntikan.

“Kerajaan dah buat yang terbaik, selebihnya kita bertawakal. Proses juga mudah dan lancar daripada pendaftaran sehingga pemantauan, anak saya tidak mengadu apa-apa, semuanya baik sahaja,” katanya yang memiliki empat anak.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus dalam kenyataan memaklumkan seramai 28,446 daripada 197,700 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Pahang telah didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga mereka menerusi aplikasi MySejahtera setakat Jumaat lepas.

Katanya PICKids di Pahang yang bermula di SPPV HTAA dan Hospital Pekan menumpukan kepada kanak-kanak komorbid.

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan