Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

KUCHING, 7 Feb : Malaysia terus mencatatkan lonjakan kes positif COVID-19 apabila sebanyak 11,034 jangkitan baharu disahkan bagi tempoh 24 jam lepas.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ini sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif mencecah 2, 925, 254 sejak negara dilanda pandemik pada 2020.

Sementara itu, data kes COVID-19 di Malaysia menunjukkan sebanyak 87.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 6.4 peratus yang berada di Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC) setakat 6 Februari 2022.

Selain itu, terdapat seramai 3,962 pesakit COVID-19 sedang dirawat di hospital.

Peratusan pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan tidak memerlukan ABP pula masing-masing merekodkan 0.1 peratus setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan