Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sikap cuai, tidak peduli SOP punca peningkatan kes COVID-19 di Sabah – Masidi

KOTA KINABALU, 7 Feb : Sikap cuai dan tidak peduli terhadap prosedur operasi standard (SOP) semasa berkumpul atau berada di khalayak ramai merupakan antara punca peningkatan kes harian COVID-19 di Sabah kebelakangan ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata ini dapat dilihat apabila pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sudah semakin longgar dalam kalangan masyarakat yang menyebabkan kes harian melonjak kepada  1,285 kes hari ini.

Beliau berkata ketidakpatuhan SOP itu juga memburukkan keadaan apabila pada masa ini virus COVID-19 sudah bertapak secara meluas dalam komuniti dan memudah kadar perebakan serta jangkitan dengan lebih cepat.

“Sebanyak 47.55 peratus kes jangkitan baharu hari ini berlaku secara sporadik dan hanya disedari apabila pesakit mengalami gejala jangkitan COVID-19.

“Peratusan kes-kes melalui saringan bergejala adalah tinggi di kawasan bandar. Sebagai misalan, hampir 50 peratus daripada 309 kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kategori saringan bergejala,” katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.

Selain itu katanya, tertakluk kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, peningkatan kes sejak seminggu ini berkemungkinan disebabkan penularan virus COVID-19 jenis Omicron yang lebih cepat merebak berbanding varian biasa.

Dalam pada itu, Masidi berkata seperti yang dijangka, jumlah kes baharu di Sabah terus meningkat apabila 1,285 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 252,930 kes, manakala 328 orang sembuh menjadikan jumlah sembuh 241,031 orang.

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan