RABAT, (Maghribi) 6 Feb : Mahkamah Diraja Maghribi mengesahkan lewat Sabtu kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang terperangkap selama lima hari dalam perigi di sebuah kampung di utara Maghribi.
Satu kenyataan mengumumkan kematian Rayan Oram sejurus selepas dia diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan, lapor Agensi Anadolu.
Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa Rayan untuk mengucapkan takziah berikutan kemalangan tragis itu.
Rayan berada dalam telaga kering sedalam 32 meter (105 kaki) sejak Selasa di Igran di wilayah Chefchaouen.