Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
covid19
covid19

COVID-19 : Kes baharu di Sarawak meningkat kepada 42

KUCHING, 5 Feb: Sarawak mencatatkan sebanyak 42 kes baharu positif COVID-19 bagi tempoh 24 jam lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua kes tersebut berada pada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 23 kes pada kategori satu iaitu tiada gejala manakala 19 kes berada pada kategori dua yang bergelaja ringan,” jelas kenyataan berkenaan sebentar tadi.

Berdasarkan statistik, Kuching mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 17 kes diikuti oleh Sibu sebanyak sembilan kes. 

Miri pula mencatatkan lapan kes diikuti Lundu sebanyak tiga kes dan Bintulu dengan dua kes.

Sementara itu, Lawas, Kanowit dan Song masing-masing merekodkan satu kes.

Selain itu, 32 daerah lain tidak melaporkan jangkitan selain tiada kluster baharu dikesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan