Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga jalan utama di bandaraya Kuching akan ditutup sementara sempena penganjuran Program Kuching Car Free Morning 2022 pada Ahad.
Tiga jalan utama di bandaraya Kuching akan ditutup sementara sempena penganjuran Program Kuching Car Free Morning 2022 pada Ahad.

Tiga jalan ditutup esok sempena Pagi Bebas Kenderaan di Kuching 2022

KUCHING, 5 Feb : Tiga jalan utama di bandar raya ini akan ditutup sementara sempena penganjuran program Pagi Bebas Kenderaan di Kuching esok.

Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) , Mohamed Khaidir Abang berkata, tiga jalan tersebut ialah Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Pearl dan Jalan Barrack.

“Ianya akan ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 6.00 hingga 10.00 pagi bagi program berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Jelas Mohamed Khaidir, objektif penganjuran program berkenaan adalah untuk membantu mengurangkan kadar pelepasan karbon serta kesesakan jalan selain menggalakkan gaya hidup sihat.

“Kita juga mahu memupuk kesedaran warga bandar raya ini mengenai kepentingan menjaga alam sekitar di samping mewujudkan ruang interaksi dan aktiviti bagi penduduk,”katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pengguna jalan raya mematuhi arahan papan tanda yang disediakan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ketua Bahagian Keselamatan DBKU Khalid Sulong di talian 082-495048. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan