Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Khalid
Abang Khalid

Abang Khalid tokoh yang berkebolehan dalam pelbagai bidang – Ketua Menteri

KUCHING, 4 Feb : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Allahyarham Tan Sri Abang Khalid Marzuki sebagai tokoh yang menyumbang kepada pelbagai bidang untuk kemajuan khususnya kepada masyarakat Melayu di Sarawak.

Ujar Abang Johari, beliau secara peribadi mengenali Abang Khalid sejak tahun 1980-an apabila tokoh korporat itu pernah menjadi Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“ Hari ini kita bersedih kerana kehilangan seorang rakan dan tokoh yang menyumbang kepada pembangunan orang Melayu.

Bagi saya, Allahyarham merupakan tokoh perniagaan yang berjaya dan apa yang dilakukan bukan untuk dirinya sahaja tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi dan menunaikan solat jenazah Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak yang meninggal dunia di Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 5.43 pagi tadi akibat penyakit kanser usus tahap tiga.

Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Kuching dari Kuala Lumpur dan akan disemadi di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini petang ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyertai solat jenazah Allahyarham Tan Sri Abang Khalid Marzuki

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Abang Johari berkata, tokoh berkenaan mempunyai kelebihan dalam pelbagai bidang termasuk sukan dan politik.

“Allahyarham pernah menjadi Setiausaha Sulit Ketua Menteri sekitar penghujung tahun 1980-an dahulu selain turut memimpin persatuan sukan sepak takraw,” katanya.

Katanya, Abang Khalid juga yang pernah menjadi Timbalan Ketua Cawangan PBB Samariang juga telah menyumbang kepada bidang pendidikan.

Dilahirkan pada 19 Ogos 1947, Allahyarham meninggakan seorang balu, Puan Sri Lily Johari, lapan cucu dan tujuh orang anak termasuk penyanyi terkenal, Camelia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan