Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pecah masuk rumah jiran, Sibu.
pecah masuk rumah jiran, Sibu.

Lelaki pecah rumah penjawat awam ditahan di hotel bajet

SIBU, 4 Feb : Seorang penganggur ditahan polis di sebuah hotel bajet bagi membantu siasatan kes pecah rumah seorang penjawat awam di Jalan Disa, dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, pengadu membuat laporan selepas pulang bercuti di Miri sejak 29 Januari lalu apabila mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Pengadu mendapati beberapa barang berharga seperti dua utas jam tangan, sebuah tablet dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM1750 hilang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Collin, bertindak atas maklumat, polis telah menahan suspek berusia 26 tahun itu semalam.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati bingkai tingkat rumah pengadu telah terbuka dan dipercayai menjadi laluan suspek untuk masuk ke dalam rumah berkenaan.

“Polis juga telah merampas seutas jam tangan ketika menahan suspek,” katanya.

Beliau memberitahu, suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan