Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Masalah kewangan, pesakit kanser lebih ‘rela’ mati berbanding dapatkan rawatan

ByNazirah Adlina

KUCHING, 3 Feb : Jurang membabitkan aspek ekonomi dan logistik merupakan antara ‘sel masalah tambahan’ yang turut ditanggung oleh pesakit kanser.

Perunding Dan Pakar Bedah Payudara dan Endokrin , Hospital Umum Sarawak, Dr. Adibah Ali berkata, masih ramai lagi penghidap sakit kanser yang kurang berpengetahuan tentang penyakit itu di samping menghadapi kekangan seperti masalah kewangan sehingga terpaksa menggadaikan harta mereka bagi menampung kos rawatan.

“Bagi pesakit yang tinggal di pedalaman pula, mereka perlu menampung kos perjalanan yang jauh untuk datang ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan yang berterusan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pelancaran muzik video bertajuk Many Tommorows yang dihasilkan oleh pemuzik terkenal Sarawak, Alena Murang dengan kerjasama Persatuan Advokasi Dan Kesedaran Kanser Kuching (SCAN) untuk memupuk kesedaran terhadap penderitaan yang ditanggung oleh pesakit kanser.

Sempena Hari Kanser Sedunia 2022, SCAN turut tampil mengetengahkan cabaran penghidap kanser melalui tema Close the Care Gap.

Bagi Pakar Perunding Haematologist Hospital Umum Sarawak pula, Dr. Chew Lee Ping pula, walaupun keadaan di Sarawak kini lebih baik berbanding 10 tahun yang lalu namun masih ramai penghidap kanser ‘enggan’ mendapatkan rawatan atas faktor ekonomi.

” Pesakit ini masih lagi memerlukan bantuan bagi menjalankan rawatan kemoterapi.

Bagi pesakit warga emas pula, mereka tidak mahu menambah beban kewangan kepada anak-anak dan ramai yang memberitahu kami bahawa mereka lebih rela mati daripada datang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Mengulas mengenai perubatan alternatif, Dr. Lee Ping berkata, ramai mengambil langkah untuk mencuba rawatan alternatif tanpa mengira kesahihan informasi demi mengelak rawatan yang mahal dan ketakutan akibat kekurangan pengetahuan berkenaan penyakit yang dialami.

“Mereka kemudian akan beralih ke internet dan terpengaruh dengan maklumat yang menjanjikan keajaiban untuk pulih tanpa sebarang kesan sampingan yang tidak menyenangkan.

Rawatan ajaib yang berbahaya ini kemudiannya akan menangguhkan rawatan awal, seperti yang anda tahu, lebih awal rawatan, lebih baik hasilnya,” tambahnya lagi.

Berdasarkan statistik kanser Malaysia yang dipetik dari laman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 2020, sebanyak 29,530 kematian dicatatkan yang melibatkan kanser.

Antara kanser yang paling kerap dikesan di Malaysia ialah kanser payu dara dan diikuti kanser paru-paru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan