Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerap banjir, SK Segong akan dipindahkan ke lokasi baharu

BAU, 3 Feb : Gara – gara sering dilanda banjir, Sekolah Kebangsaan (SK) Segong, Singai di sini bakal dipindahkan ke tapak baharu di Manas Biridoh, Kampung Segong.

Tapak baharu yang berkeluasan 12 ekar itu hanya terletak lima minit bangunan sedia ada.

Guru Besar SK Segong, Liew Boyong berkata, pihaknya menerima baik berita berkenaan baru – baru ini sekaligus mengakhiri ‘masalah berpanjangan’ yang dialami oleh kakitangan sekolah dan juga murid.

“Pihak Jabatan Kerja Raya telah melakukan pemeriksaan dan memaklumkan bahawa bangunan yang digunakan sudah tidak selamat dan banyak yang perlu diperbaiki.

“Ketika ini hanya dua orang kakitangan yang tinggal di kuarters, struktur bangunan juga sudah usang,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Guru Besar SK Segong, Liew Boyong

Menurut Liew, sekolah berkenaan mempunyai seramai 172 orang murid dan 18 orang guru dan pengumuman tapak baharu merupakan berita yang ditunggu – tunggu.

Sementara itu, Ketua Kampung Segong, Amy Munga berkata, bangunan SK Segong dibina pada tahun 1963.

“Penangguhan proses memindahkan sekolah adalah disebabkan oleh kekangan membabitkan kerja menaik taraf infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan sebagainya.

“Sekarang kami berpuas hati sebab jalan sudah ada dan begitu juga dengan bekalan elektrik sekaligus akan melancarkan proses pemindahan berkenaan,” katanya.

Ketua Kaum Kampung Segong, Amy Munga

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, beliau kagum dengan usaha penduduk kampung berkenaan yang berusaha untuk mendapatkan tapak penempatan baharu sekolah berkenaan.

“Kita sudah mengenal pasti tapak dan kini menunggu Pejabat Pendidikan Daerah atau Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan soal peruntukan dan perancangan seterusnya,” katanya kepada media selepas melawat tapak baharu hari ini.

Difahamkan, selain bangunan sekolah, padang bola sepak, dewan serbaguna dan gelanggang futsal juga akan dibina di tapak baru berkenaan untuk kegunaan penduduk kampung. -TVS

Dato Henry Harry Jinep dalam tinjauannya di kawasan tapak baru SK Segong
Tapak baru SK Segong

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan