Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua ditahan terlibat judi sabung ayam di Lawas

ByNur Suhaida Muliyono

LAWAS, 3 Feb: Dua beradik ditahan dalam serbuan polis di kawasan lapang yang digunakan untuk kegiatan sabung ayam dan perjudian di Kampung Siang-Siang Laut, di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Sila Kadong berkata, kedua-dua suspek itu merupakan warga tempatan berusia 34 dan 38 tahun.

Katanya, beberapa individu lagi yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan itu berjaya melarikan diri ketika polis menyerbu tempat berkenaan pada pukul 11. 45 pagi.

“Polis merampas beberapa peralatan perjudian termasuk pakaian kanvas mempunyai gambar haiwan, tiga biji dadu, meja kayu, kerusi plastik dan wang tunai berjumlah RM485 dalam serbuan itu,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, dua ekor ayam sabung yang sudah mati dipercayai digunakan dalam kegiatan perjudian itu juga dirampas.

Dua ekor ayam turut dirampas dalam serbuan di Kampung Siang-Siang Laut, Lawas.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 3(1) , Ordinan Kezaliman Terhadap Haiwan (Pencegahan) 1963. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan