KUCHING, 3 Feb: Ivann Muammar Imaan Andy, 10, menjadi kanak- kanak pertama di negeri ini yang menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Sarawak yang dilancarkan hari ini.
Proses suntikan yang berlangsung di Hospital Umum Sarawak ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Seramai 30 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun telah didaftarkan untuk menerima vaksin Pizer Biontech hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam.
Berita lanjut menyusul. – TVS