KOTA KINABALU, 2 Feb: Jumlah kes harian COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan.
Jurucakap COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes harian terus menunjukkan tren peningkatan.
“446 Kes dicatatkan sepanjang tempoh 24 jam lepas, menunjukkan tren ini semakin meningkat.
“Beberapa daerah di Sabah terutamanya Kota Kinabalu menjadi penyumbang utama kes harian, ini juga merupakan hasil saringan bersasar yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Terdapat juga beberapa sekolah ditutup bagi tujuan proses nyahkuman setelah saringan dijalankan susulan kehadiran beberapa kluster pendidikan di Sabah.
“Contact tracing masih giat dijalankan di beberapa buah sekolah bagi mengenal pasti kes indeks pertama dalam sebuah kluster,” katanya.
Setakat 2 Februari 2022, sabah mencatatkan 446 kes menunjukkan COVID-19 sudah mula menular kembali di Sabah. – TVS



