Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OMICRON: Masih terlalu awal untuk sekat umat Islam mengerjakan umrah - Khairy

Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron – Khairy

KUALA LUMPUR, 1 Feb : Malaysia dilihat lebih bersedia menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam usaha melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam ciapannya hari ini, Khairy berkata keadaan sekarang tidak sama seperti Jun hingga September tahun lepas kerana negara kini lebih bersedia menangani keadaan ekoran pelaksanaan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Lebih sebulan lepas, saya berkata bahawa kita menjangkakan Omicron akan menjadi dominan di sini seperti yang berlaku di tempat-tempat lain, dan apabila ia berlaku, kes akan meningkat. Itulah sebabnya kita mempercepatkan program pemberian suntikan dos penggalak.

“Kini kita dapat melihat ramalan tentang peningkatan cepat kes. Bagaimanapun, tidak perlu panik. Terdapat petunjuk kukuh untuk penyahgadingan antara kesan yang teruk dengan jumlah kes,” katanya.

Beliau berkata program vaksinasi untuk orang dewasa, remaja dan, tidak lama lagi, untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun, sedang berjalan lancar dengan penggunaan hospital masih terkawal.

“Sebab itulah, kita boleh memendekkan tempoh kuarantin, membenarkan orang ramai mengawal diri dan mengawal gangguan pada tahap minimum,” tambahnya.

Khairy berkata dengan lebih 50 peratus individu dewasa dan hampir 70 peratus warga emas yang ttelah menerima dos penggalak COVID-19 masing-masing, Khairy berharap semua pihak dapat mengharungi gelombang Omicron melalui pendekatan teliti yang ditentukur dan berkadaran.

“Ikut SOP (Prosedur Operasi Standard). #TRIIS. Dapatkan dos penggalak. Pastikan anak-anak anda divaksin. Kita boleh melakukan ini,” katanya. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan