KUCHING, 1 Feb : Nasarudin Latep, atau lebih dikenali sebagai Nasha Prive, telah diumumkan sebagai pemenang Borneo Runway Project: Fashion Design Competition 2021′.
Sementara itu, Jefferyson Adam Henry Adam (Effie Jefferyson @ Indu Borneo) dan Gilbert Francis Untam (Gilbert Headhunter) masing-masing menjadi Naib Johan Pertama dan Kedua.
Ketiga-tiga pemenang tersebut telah menerima wang tunai, hadiah eksklusif dan juga mendapat bimbingan secara profesional daripada penaja produk.
Hadiah saguhati diberikan kepada John Flaner dan Anabel Phoebe.
Semua pereka yang layak ke pusingan kelayakan akan menerima e-sijil penyertaan.
‘Borneo Runway Project: Fashion Design Competition 2021’ melabuhkan tirai dengan mengadakan Grand Finale Fashion Showcase pada Rabu lepas. – TVS