Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kebakaran kereta telah memusnahkan tiga buah rumah di Taman Permai Jaya

SIBU, 1 Feb : Tiga buah rumah di Taman Permai Jaya, Sibu di sini semalam musnah dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Abdul Mutalif Ja’afar berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut tepat jam 1.13 pagi tadi.

Katanya, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera yang terletak di Taman Permai Jaya Sibu untuk memadam kebakaran berkenaan.

Pada mulanya, tindakan awal jiran-jiran yang memberanikan diri untuk memadam kebakaran peringkat awal kereta dengan menggunakan pemadam api jenis debu kering namun gagal sebaliknya api semakin marak dan merebak ke bahagian lain.

“Dalam usaha mengawal kebakaran, pihak bomba menggunakan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran 200 kaki 1 nozel, dalam pada itu mereka juga menggunakan air dari tangki jentera serta sumber air pili bomba yang terdekat,” katanya

Mengulas lanjut, beliau juga turut memberitahu, kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya tepat jam 2.05 pagi tadi.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan sebuah rumah dengan anggaran 70 peratus, manakala dua buah rumah lagi dalam anggaran 30 peratus dan 10 peratus sahaja, manakala tiga buah kereta dan dua buah motorsikal telah musnah 100 peratus.”jelasnya. -TVS

Tags: #bm, kebakaran

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan