Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Pelajar kolej cetus kluster institusi pendidikan terbaru di Sabah

KOTA KINABALU, 1 Feb: Sabah mencatatkan satu lagi kluster institusi pendidikan hari ini iaitu Kluster Lorong Api-Api dengan kes indeks melibatkan pelajar lelaki di Almacrest International College Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata pelajar berusia 18 tahun itu tinggal di asrama kediaman Api-Api Center mula bergejala pada 18 Jan lepas.

“Kes indeks kemudian didapati positif pada 21 Jan dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam untuk tujuan isolasi dan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata saringan terhadap 40 kontak rapat mendapati 25 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kluster itu 34 kes setakat ini.

Beliau berkata semua pelajar yang positif dikategorikan sebagai kategori satu dan dua, dan telah dihantar ke pusat kuarantin untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 10 sekolah dikenal pasti terbabit dalam kluster institusi pendidikan di Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dallas, Kota Belud; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan; SMK Ranau; SMK Sandakan dan SMK Kundasang.

Kluster institusi pendidikan lain ialah SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu; SMK Balung, Tawau; SMK Keningau; SMK Terusan, Lahad Datu dan SMK Tandek 2, Kota Marudu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan