Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kastam Sarawak tumpaskan dua tokan dadah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 31 Jan : Dua tokan dadah tumpas setelah ditahan Oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam dua serbuan berbeza.

Pemangku Pengarah JKDM Sarawak, Mohd Nadzri Ariffin berkata, kedua-dua warga tempatan berkenaan ditahan masing-masing di Kuching dan Miri.

Katanya, suspek yang ditangkap di Kuching telah didakwa di mahkamah majistret.

“ Lelaki berusia dalam lingkungan 30 -an itu ditahan di Terminal Bas Biaramas, Kuching semasa menuntut sebuah bungkusan.

“ Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas bungkusan berkenaan telah membawa penemuan sejumlah 358 paket lutsinar yang disyaki mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine.

“Berat kesemua serbuk kristal tersebut adalah lebih kurang 1,115 gram dan dianggarkan bernilai RM47,500,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, di Miri, seorang suspek yang terlibat dalam kegiatan itu juga telah direman dan pertuduhan telah dilakukan di Mahkamah Miri.

Beliau memberitahu, tangkapan terhadap suspek dilakukan sebuah premis syarikat kurier di Miri.

“Suspek yang berumur dalam lingkungan 44 tahun tersebut tiba di lokasi kejadian untuk menuntut sebuah bungkusan disyaki mengandungi dadah yang dikirim dari luar negara.

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan berkenaan telah membawa kepada penemuan sebungkus plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih yang dipercayai dadah jenis ketamin yang dianggarkan seberat 1000 gram.

“Turut dijumpai satu paket serbuk minuman jenama ‘Juice Master’ di dalam beg sandang suspek tersebut,” katanya.

Tambahnya, hasil ujian mendapati kandungan tersebut dianggarkan seberat 28 gram, dipercayai dadah jenis ketamin.

Kedua-dua suspek bakal berdepan hukuman di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan mengedar dadah berbahaya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan