KUALA LUMPUR, 31 Jan : Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa selamat melahirkan anak sulungnya iaitu bayi lelaki pada pukul 3.44 petang semalam.
Menerusi kenyataan media, suaminya, Muhammad Haris Ismail berkata, isterinya kini sedang berehat dan mereka berdua sedang melalui fasa yang sangat menggembirakan.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas doa semua.
Semoga zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya.
Kenyataan ringkas itu tidak menyebut lokasi pengacara dan pelakon itu melahirkan anaknya selain tidak menyatakan berat bayi mereka.
Sementara itu, menerusi kemaskini di instastory Instagramnya, Neelofa memaklumkan bayi mereka dinamakan Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.
Pasangan berkenaan melangsung perkahwinan pada 27 March tahun lalu di Kuala Lumpur. -TVS