Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19: 18 kes hari ini libatkan kategori 1 dan 2
LABUAN, 28 Mac -- Vaksinator kesihatan sedang menyediakan suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Klinik Membedai hari ini. Dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 untuk 2,328 petugas barisan hadapan di bawah fasa pertama telah selesai hari ini. Menurut Dr Ismuni Bohari, petugas barisan hadapan terdiri daripada kakitangan kesihatan dan bukan penjagaan kesihatan dari agensi kerajaan (di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana) termasuk pemimpin masyarakat dan pengamal media. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

COVID-19 : Kesemua 18 kes baharu kategori 1 dan 2

KUCHING, 30 Jan : Kesemua kes baharu positif COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 24 jam lepas dikesan berada pada kategori satu dan dua.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak enam kes merupakan kategori satu manakala 12 kes pada kategori dua.

“Sebanyak 12 kes pada kategori dua bergejala ringan manakala enam kes berada pada kategori satu iaitu tiada gejala ,” jelas kenyataan berkenaan sebentar tadi.

Berdasarkan statistik, Sibu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes diikuti oleh Kuching sebanyak lima kes.

Daerah Bau, Samarahan, Kapit, Mukah, Beluru pula masing-masing merekodkan hanya satu kes positif COVID-19 sahaja.

Sementara itu, 32 daerah lain tidak melaporkan jangkitan selain tiada kluster baharu turut dilaporkan – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan