KUALA LUMPUR , 30 Jan : Polis mengesahkan pekerja penyelenggara yang maut di sebuah pusat beli – belah di Jalan Loke Yew semalam berpunca tergelincir ketika sedang bertugas.
Ketua Polis Daerah Cheras, Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihaknya mendapati mangsa tergelincir ke dalam ruangan lif ketika memijak tong sampah besi pada jam 11.55 pagi, Jumaat lepas.
Katanya, kejadian itu tidak disedari kerana lif tersebut tidak digunakan dan bukan berada di laluan pengunjung.
“Polis menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 11.07 pagi semalam.
Mangsa yang berusia 32 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah ruangan lif premis berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau memberitahu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan mangsa manakala pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan mangsa telah meninggal duni,” katanya. -TVS