KUCHING, 29 Jan : Yang Dipertua Negeri Sarawak , Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menunaikan solat jenazah Allahyarham Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Masjid Jamek di sini.
Solat berkenaan diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan turut disertai oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
Allahyarham Abang Muhammad Salahuddin meninggal dunia kira -kira pukul 11.47 malam tadi di Pusat Perubatan Normah. -TVS