KUCHING, 27 Jan: Sarawak hari ini melaporkan 19 kes baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam lepas.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, semua kes berada dalam kategori satu dan dua.
” Sebanyak 10 kes berada dalam kategori satu atau tiada gejala, manakala sembilan kes berada dalam kategori dua atau gelaja ringan,” jelas kenyataan berkenaan.
Berdasarkan statistik, Sibu dan Kuching mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak lima kes masing-masing.
Miri pula menyaksikan tiga kes baharu, Song merekodkan dua kes, manakala Kapit, Limbang, Samarahan dan Bukit Mabong masing-masing dengan satu kes.
Sementara itu, 32 daerah lain tidak mencatatkan sebarang jangkitan selain tiada kluster baharu dikesan.-TVS