HONG KONG, 27 Jan: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda Tonga pada pagi pukul 6.40 pagi tadi waktu tempatan, menurut pemantauan oleh Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS)
Agensi berita Xinhua melaporkan , pusat gegaran terletak kira-kira 219 kilometer (km) ke barat laut Pangai, sebuah bandar yang terletak di Pulau Lifuka, dengan kedalaman 14.5 kilometer.
Setakat ini tiada kerosakan atau kematian dilaporkan. – TVS