Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak terus pertingkat fasiliti Hospital Umum Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Jan: Kerajaan Sarawak memperuntukan sejumlah RM 1.3 Juta untuk menyediakan pemasangan 36 kemudahan ventilasi (ventilation point) di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini kerajaan giat melakukan persiapan terbaik untuk keperluan hospital sebagai langkah awal untuk mendepani sebarang kemungkinan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri

“Tujuan saya mengadakan lawatan kerja ke hospital adalah untuk melihat sendiri keperluan di hospital ini lebih-lebih lagi mengenai keperluan untuk pesakit COVID-19.

“Di mana kita juga dapat menyaksikan dalam laporan harian COVID-19 di Sarawak kini menunjukkan angka penurunan yang melegakan kita.

“Bagaimanapun kita semua masih belum menang menentang COVID-19, dan saya minta rakyat Sarawak terus berdisiplin”, katanya ketika ditemui media.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Umum Sarawak bagi meninjau sendiri keperluan fasiliti di hospital tersebut.

Sementara itu menurut Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan berkata, Hospital Umum Sarawak kini telah beroperasi seperti normal dan lancar sekali.

“Sekarang ini sudah tidak timbul isu penangguhan operasi pembedahan di sini, ini susulan penurunan jangkitan COVID-19 di negeri kita dan segalanya telah kembali normal”, katanya ketika ditemui.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan