Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
muhyiddin yassin

TERKINI : Muhyiddin umum tidak bertanding PRN Johor

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Jan : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) , Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gambir itu berkata, keputusan berkenaan adalah kerana mahu memberi peluang kepada lebih ramai calon muka baharu Bersatu dapat diketengahkan sebagai calon.

Ujar beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, langkah tidak mahu mempertahankan kerusinya juga dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada tugasnya selaku Ahli Parlimen Pagoh serta menguruskan partinya di peringkat pusat.

” Saya mungkin tidak akan bertanding (PRN Johor) dan terserah kepada pucuk pimpinan untuk tentukan calon,” katanya seperti dipetik beberapa portal media tempatan malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas partinya di Johor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Muhyiddin menang di kerusi berkenaan selepas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk M. Asojan dan wakil PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan