Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tingkat ekonomi Sarawak melalui penganjuran acara perniagaan

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 25 Jan : Menyedari potensi besar sektor perniagaan di Sarawak satu majlis menandatangani memorandum Persefahaman (MoU) diadakan antara Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)  dengan ARC Creators Sdn Bhd dan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Arc Creators Sdn Bhd, Sarawak Tourism Federation (STF) dan Kuching Chef Association (KCA).

Menerusi perjanjian tersebut bertujuan bagi menggalakkan pertumbuhan sektor itu melalui pelaburan, penganjuran dan menyokong acara tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BCCK Eric Van Piggelen ia bakal dimulakan dengan penganjuran acara The Travel Mart Exchange (TTM Exchange) dan Engage and Taste Borneo Conference (EAT) CONFERENCE.

“BCCK mengharapkan kerjasama jangka masa panjang dengan ARC Creators.

“Melalui kerjasama ini kita harap dapat mewujudkan lebih banyak acara perniagaan seperti penganjuran acara di Sarawak pada masa depan.

“Fokus MoU ini adalah untuk menggalakkan pertumbuhan industri perniagaan tempatan dan bertujuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan pembangunan ekonomi Sarawak dengan menyasarkan sebahagian daripada negeri ini iaitu terdapat 7 sektor yang disasarkan seperti pelancongan, hospitaliti, hartanah, logistik dan perkhidmatan profesion lain,” katanya

Sementara itu Ketua Pegawwai Eksekutif ARC Creators, Fiona Marcus Raja percaya satu hasil yang memberangsangkan akan wujud hasil dari kerjasama itu.

“Kami percaya pada prinsip asas iaitu orang yang betul, tempat yang betul, masa yang betul, pasti perkara yang hebat akan berlaku apabila individu yang hebat berkumpul pada masa yang sesuai.

“Kami berharap dapat memupuk hubungan sedemikian, untuk menjadi pemangkin kepada perubahan ini di Sarawak.” katanya.

Majlis yang diadakan pada Selasa itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif BCCK, Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot; Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak,  Nasir Lariwoo, Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak (BES), Amelia Rozima; Pengarah Unit Perhubungan Pihak Berkepentingan, Lembaga Pelancongan Sarawak(STB), Maurice Balang, Presiden Sarawak Tourism Federation  (STF), Audry Wan Ulok Dan Presiden Kuching Chef Association KCA, Chef Abang Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan