Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

38 Yayasan Amal Cinta santuni golongan memerlukan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 24 Jan: Dalam berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, 38 Yayasan Amal Cinta di Dalat bersama Pusat Khidmat DUN Dalat tampil menyantuni golongan memerlukan.

Program amal berkenaan menyaksikan sebanyak 1000 bungkusan makanan kering diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan yang akan menyambut perayaan itu di kawasan Dalat.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di Dewan Serbaguna Chin Hua Dalat pada Sabtu.

“Pihak yayasan juga menyampaikan sumbangan RM12,000 untuk pemasangan aluminium louvers untuk gerai penjaja kuih kering pasar Dalat,” kata Fatimah ketika merasmikan majlis Pre-Chinese New Year 2022 with Salvation Army and The Boys Home di Pullman Hotel, Kuching pada Isnin.

“Saya berharap NGO yang lain boleh mengikut jejak langkah 38 Yayasan Amal Cinta” katanya lagi.

Sementara itu, Fatimah turut menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada 38 Yayasan Pencinta Amal berjumlah RM56,508 bagi tujuan menaik taraf jubin lantai Gerai Mee Udang, Oya.

Turut diserahkan juga cek MRP berjumlah RM33,280 bagi tujuan menaik taraf kemudahan Pasar Warisan Oya bertempat di Oya Square.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan