Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UMK salur sumbangan lebih RM 10 juta bantu pelajar asnaf dan B40

UMK salur sumbangan lebih RM 10 juta bantu pelajar asnaf dan B40

ByBernama

KOTA BHARU, 24 Jan : Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyalurkan sumbangan kebajikan bernilai lebih RM10 juta sepanjang tahun lepas kepada pelajar universiti itu dari golongan asnaf dan B40.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK Prof Dr Razli Che Razak berkata bantuan itu termasuk sumbangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan agensi terlibat seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Agrobank dan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

“Peruntukan itu merangkumi sumbangan dalam bentuk wang tunai, bantuan kotak makanan atau hamper, serta bantuan dalam bentuk peranti. 

“Sumbangan ini bertujuan untuk melihat kebajikan pelajar UMK lebih terjaga dan terpelihara bagi memastikan kualiti kehidupan dan pembelajaran mereka dalam keadaan terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut memberi sumbangan bernilai RM45,930 kepada seramai 139 pelajar yang terkesan banjir di seluruh negara sehingga 14 Jan lepas.

Katanya, selain wang tunai, hamper dan peranti, UMK juga melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah pelajar yang dilanda bencana itu di kawasan berhampiran kampus.

— TVS

Tags: asnaf, B40, UMK

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan