Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
direman, ditahan

Polis tahan 73 individu, rampas dadah bernilai RM41, 366

ByBernama

MELAKA, 24 Jan : Polis Melaka menahan 73 individu berumur antara 23 hingga 64 tahun dalam satu operasi selama tiga hari bagi membersih dan membanteras penyalahgunaan dadah di Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Melaka Supt Zulkiflee Rashid berkata operasi tiga hari itu dijalankan pada Jumaat lepas hingga semalam di Pot Krubong, Melaka Tengah dan Pot Apache, Alor Gajah yang disyaki menjadi tumpuan penagih dadah di kedua-dua daerah.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 953.03 gram (g) heroin, 73.3 g syabu dan 13.60 g ganja dirampas dianggarkan bernilai RM41,366.

“Seramai enam pengedar dadah juga ditangkap dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkiflee berkata JSJ Narkotik Melaka akan terus berusaha membersihkan sarang penagihan dadah di kedua-dua daerah tersebut walaupun masih ada penagih yang berdegil melepaskan gian di lokasi tersebut.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan