Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari Tun Openg
Abang Johari Tun Openg

‘Invest Sarawak’ untuk tarik pelabur ke Bumi Kenyalang

ByFebbright James

KUCHING, 24 Jan : Kerajaan negeri akan menubuhkan Invest Sarawak , iaitu entiti untuk menyelaraskan keperluan pelabur yang berhasrat untuk menanam modal di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kewujudan cabang berkenaan selaras dengan hasrat beliau untuk menjadikan wilayah ini sebagai destinasi mesra pelabur.

Ke arah itu, ujar Abang Johari, Invest Sarawak akan memainkan peranan penting sebagai pusat sehenti yang akan berperanan menyelaras serta memudahkan urusan pelaburan di negeri ini.

“Semasa menubuhkan kabinet baharu ini, antara hasrat saya ialah mahu menjadikan negeri ini mesra perniagaan.

“ Sehubungan itu, Invest Sarawak akan menjadi badan penyelaras terhadap semua keperluan termasuk tanah, kuasa dab bekalan air yang akan diselaraskan di bawah satu entiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Sarawak (EOYS) 2021 di sini hari ini. 

Mengulas lanjut mengenai penubuhan entiti berkenaan, Abang Johari yang turut bertanggungjawab terhadap podtfolio kewangan dan ekonomi baharu negeri berkata, Invest Sarawak akan diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan yang dipertanggungjawabkan kepada Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

Katanya, apa yang dilakukan itu merupakan usaha menyeluruh untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang akan memanfaatkan rakyat.

“Ini semua untuk anda (rakyat Sarawak) bukan untuk GPS (Gabungan Parti Sarawak).

Sudah pasti kerajaan negeri akan mengambil sedikit cukai jualan untuk menjana pendapatan negeri,”katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut memaklumkan kerajaan negeri akan menekankan pembangunan ekonomi hidrogen yang masih baharu di sini.

“Kita perlu mengimbangi permintaan ekonomi dan kemampanan alam sekitar. Oleh itu polisi tanah seperti pemulihan hutan yang merangkumi penanaman semula hutan dan juga idea perdagangan karbon akan menjadi sebahagian strategi ekonomi masa depan kita,” katanya.

Tambahnya, usaha ini akan mewujudkan lebih peluang bagi perniagaan dan seharusnya sektor berkenaan perlu proaktif dan konsisten terhadap teknologi terkini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan