Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kemalangan maut Sibu
kemalangan maut Sibu

Lelaki dipercayai diserang sakit jantung maut langgar pembahagi jalan

SIBU, 23 Jan : Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlanggar pembahagi jalan dipercayai selepas mengalami serangan jantung di Jalan Pahlawan di sini , tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu, mangsa dikenali sebagai Kang Wei Tiong, 54, bekerja sendiri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik dari Hospital Sibu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Abdul Mutalif Ja’afar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 12.45 tengahari.

Katanya, setiba di lokasi kejadian pada jam 12.52 tengahari, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna biru berada di atas pembahagi jalan.

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati seorang pemandu lelaki berada di tempat duduk kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlanggar pembahagi jalan dipercayai selepas mengalami serangan jantung di Jalan Pahlawan di sini , tengah hari tadi.

Ujarnya, mangsa didapati terperangkap di tempat duduk pemandu dan Bomba terpaksa memecahkan cermin pintu belakang bagi mengeluarkan mangsa dari dalam kereta.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, punca sebenar kematian mangsa masih dalam siasatan sehingga keputusan bedah siasat diperolehi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 , Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah beliau -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan