Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah
Dato Sri Fatimah Abdullah

Wanita PBB sokong PRS mahu tampilkan wanita sebagai calon PRU-15

KUCHING , 23 Jan : Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyambut baik hasrat dinyatakan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang mahu menampilkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya menyokong keputusan berkenaan yang disifatkan sebagai memberi lebih banyak peluang kepada wanita untuk memimpin.

“Ini sesuatu yang kami tunggu-tunggu, jika kesemua parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendekatan serupa, mungkin kita (GPS) akan mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen wanita berbanding jumlah ketika ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel anjuran Persatuan Orang Buta Malaysia Cawangan Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di sini hari ini.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kesejahteraan Komuniti negeri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemangku Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum yang mengatakan parti itu kini menimbangkan untuk meletakkan seorang wanita sebagai calon bagi enam kerusi Parlimen milik parti itu pada PRU-15 ini.

PRS kini memiliki dua kerusi Parlimen iaitu Hulu Rajang dan Kanowit dan dijangka akan terus disandarkan harapan oleh GPS untuk mempertahankan dua kerusi berkenaan.

Ketika ini, GPS mempunyai empat Ahli Parlimen wanita di Dewan Rakyat iaitu Datuk Seri Nancy Shukri (Batang Sadong), Dato Hanifah Hajar Taib (Mukah), Rubiah Wang (Kota Samarahan) dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar dan kesemua mereka merupakan Wanita PBB.

Turut mempunyai wakil di Parlimen ialah DAP menerusi Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan