Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seludup PATI Lubok Antu
Seludup PATI Lubok Antu

Lagi cubaan seludup PATI guna Proton Saga di Lubok Antu gagal

LUBOK ANTU, 23 Jan : Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ke Sarawak gagal selepas ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan Victor Ripon berkata, lelaki berkenaan yang berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Entugam, pada malam Sabtu lalu.

Katanya, sebaik sahaja menahan kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berkenaan, polis mendapati terdapat lima penumpang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kemudian dibawa ke Balai Polis Lubok Antu untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, ini merupakan tangkapan kali kedua dalam tempoh seminggu membabitkan percubaan rakyat tempatan menyeludup PATI ke Sarawak menerusi Lubok Antu.

” Kesemua lima lelaki yang ditahan berusia dalam lingkungan 26 hingga 32 tahun itu memberitahu mereka dibawa masuk secara haram dari Badau, Kalimantan Barat, Indonesia,” katanya.

Ujar beliau, lelaki tempatan berkenaan akan direman selama 28 hari bermula esok mengikut Seksyen 34 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Sementara itu, lima PATI berkenaan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan