Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
covid19
covid19

Sarawak catat sifar kematian COVID -19 selama seminggu

KUCHING, 23 Jan : Sarawak terus mencatatkan sifar kematian semalam berkaitan COVID-19 dan ini merupakan rekod untuk tempoh tujuh hari berturut-turut.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, bagi tempoh 24 jam lalu, sebanyak 14 kes positif baharu dicatatkan dengan empat kes berada pada kategori satu.

“Sebanyak 10 kes diletakkan pada kategori dua dan tiga berdasarkan keadaan kesihatan pesakit – pesakit berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Perkembangan jangkitan di Sarawak ketika ini menyaksikan Sibu dan Bintulu mencatatkan kes tertinggi iaitu masing – masing dengan tiga kes.

” Sementara itu, tiga daerah iaitu Miri, Kuching dan Betong pula mencatatkan dua kes di setiap kawasan manakala Samarahan dan Limbang masing – masing turut merekodkan satu kes,” jelas JPBN.

Sementara itu, 38 daerah lain tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu selain tiada kluster baharu dikesan.-TVS

Sumber: TVS

Dapatkan berita terkini di Telegram: https://t.me/tvstvmy 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan